Sumber aromatik Minyak_wangi

Tumbuhan

Bunga pokok limauKemenyan

Tumbuhan telah lama digunakan dalam minyak wangi sebagai sumber minyak pati dan aroma sebatian. Aromatik-aromatik ini biasanya merupakan bahan metabolik sekunder yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai perlindungan daripada herbivora, jangkitan, serta menarik perhatian pendebunga. Tumbuhan adalah sumber terbesar sebatian wangi yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Sumber-sumber sebatian ini boleh datangnya dari pelbagai bahagian dari sesebatang tumbuhan. Tumbuhan boleh membekalkan lebih daripada satu sumber aromatik: misalnya bahagian pucuk dan biji ketumbar mempunyai bau yang amat berbeza dari satu sama lain; daun, bunga, dan kulit buah oren masing-masing merupakan sumber petitgrain, neroli, dan minyak oren.

  • Kulit kayu: Pokok yang kerap digunakan termasuk kayu manis dan cascarilla. Minyak hasilan kulit akar sassafras juga digunakan sama ada terus atau disulingkan bagi memperolehi bahan utamanya safrol yang digunakan untuk pembuatan sebatian wangian yang lain.
  • Bunga: Sumber bahan aromatik paling banyak dan kerap didapati; termasuk beberapa spesies mawar dan melur, osmanthus, kemboja, semalu, harum sundal malam, narcissus, scented geranium, cassie, pokok kasturi, limau dan kenanga. Putik bunga cengkih kering turut kerap digunakan; begitu juga dengan vanila, sejenis bunga anggerik yang perlu disenyawakan bagi menghasilkan lenggai yang kemudiannya digunakan dalam pembuatan wangian.
  • Buah: Buah yang kerap digunakan untuk mendapatkan bahan aromatiknya dari kulit buah termasuk oren, limau dan limau nipis. Meskipun kulit limau gedang masih digunakan bagi mendapat bahan aromatiknya, ia semakin banyak diganti secara komersil oleh bahan gantian sintetik kerana bahan aromatik asal berbau apabila ia mereput disebabkan kandungan sulfurnya.
  • Daun dan ranting: lavender, patchouli, sej, Viola, rosmari, dan daun limau. Kadangkalanya daun digunakan untuk membangkitkan rasa "segar" pada minyak wangi, antara contohnya termasuk rumput kering dan daun tomato.
  • Resin: digunakan sejak zaman dahulu kala secara meluas dalam setanggi dan kemenyan, misalnya morhabshi.
  • Akar, rizom dan bulba: termasuk Iris dan spesies keluarga halia.
  • Biji: lobak merah, ketumbar, jintan, koko, buah palapelaga dan bunga lawang.
  • Kayuan: gaharucendana, rosewood, araz, juniper dan pain; selalunya dalam bentuk sulingan kering.

Haiwan

  • Ambergris: Ketulan sebatian lemak teroksida yang berasal daripada keluaran paus sperma. Ia seharusnya tidak dikelirukan dengan ambar yang digunakan dalam perhiasan. Pemerolehan ambergris yang tidak membahayakan haiwan sumbernya, oleh itu sedikit kontroversi yang wujud berkaitan bahan ini.
  • Castoreum: Diperoleh dari kelenjar berbau beaver Amerika Utara.
  • Musang: Juga dipanggil musang kasturi, ini diperolehi dari kelenjar berbau haiwan ini atau spesies terdekat dalam keluarga Viverridae, yang berkaitan rapat dengan cerpelai. Sebuah badan perlindungan bernama World Animal Protection pernah menyiasat kes penangkapan musang Afrika yang dilakukan bagi tujuan ini.[2]
  • Hyraceum: daripada najis membatu tinjaan hiraks batu (Procavia capensis).[3]
  • Sarang lebah: Dari sarang lebah madu. Kedua-dua lilin lebah dan madu boleh diekstrakkan dengan pelarut untuk menghasilkan satu larutan tulen. Lilin lebah turut diekstrak dengan etanol yang memeruap untuk menghasilkan larutan tulen daripada bahan ini.
  • Kesturi: Asalnya berasal dari kelenjar terletak di antara alat kelamin dan pusat rusa kesturi Himalaya (Moschus moschiferus) jantan, ia kini telah digantikan banyaknya oleh bahan gantian sintetik yang kadangkalanya dikenali sebagai "kesturi putih" (white musk).